Saturday, September 8, 2018

IBNU KHALDUN TOKOH TERULUNG


Nama sebenar Ibnu Khaldun ialah Abdul al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun al-Hadrami.Nama Khaldun berasal dari keturunan Khalid bin Uthman iaitu seorang tentera Yaman yang pernah bergabung dengan tentera Andalusia.Semasa di Andalusia,nama Khalid bertukar kepada Khaldun.

Ibnu Khaldun

                                            Image result for gambar ibnu khaldun




Dilahirkan di Tunisia pada tahun 732H/1332M dan meninggal dunia di Kaherah ,Mesir pada 808H/1404M.Ayahnya seorang ulama,ahli bahasa dan seorang pemerimtah tentera.Beliau telah kehilangan ibu dan ayahnya akibat wabak kusta yang melanda kampungnya.Berketurunan arab dari Yaman yang berhijrah ke Andalus.Berpindah ke beberapa tempat iaitu Algeria,Fez,Granada,Bokgie dan Mesir apabila Tunisia dilanda wabak taun. Beliau merupakan seorang yang tekun dalam menuntut ilmu walaupun sibuk menjalankan tugas pentadbiran.Beliau telah mempelajari ilmu-ilmu agama seperti feqah,tafsir,hadis dan ilmu-ilmu naqli seperti logik,falsafah,matematik dan Bahasa arab.

 Beliau juga merupakan seorang pemikir Islam terulung dalam bidang sejarah,sosiologi,politik dan agama.Semasa kecil beliau dididik oleh ayahnya dan dihantar berguru dengan ramai sarjana Islam yang hebat di Tunisia.Ketika muda beliau suka merantau,bekerja dan menyertai bidang politik sehingga pernah dipenjarakan akibat fitnah oleh orang yang cemburu melihat beliau sering berdamping dengan pemimpin.Ibnu Khaldun pernah memegang beberapa jawatan penting seperti pernah dilantik sebagai Ahli Persuratan di Istana Faz,menjadi Hajib (sama taraf Perdana Menteri), menjadi kadi dan khatib,menjadi orang tengah antara perang perebutan kuasa kerabat diraja dan menjadi Hakim Mahkamah Raja di Mesir.

 Ibnu Khaldun dianggap oleh sarjana barat sebagai tokoh dan ahli fikir yang tiada bandingannya dan memberi sumbangan besar kepada manusia didunia sepertimana yang dinyatakan oleh Toynbee.Ibnu Khaldun dianggap seorang ahli falsafah sejarah dan sarjana teragung sepanjang zaman.Beliau menggunakan kaedah penyelidikkan yang mirip kepada kaedah sosiologi dimana beliau menekankan sifat-sifat semula jadi dan sebab-sebab peristiwa sejarah berlaku.Beliau membahagikan sejarah kepada dua,iaitu sejarah am dan sejarah khas.Ibnu Khaldun menekankan aspek-aspek dalaman bagi sesuatu peristiwa kerana sejarah berhubung rapat dengan latar belakang masyarakat,tidak seperti ahli sejarah sebelumnya.



PANDANGAN DAN IDEA TOKOH

SUMBANGAN OLEH IBNU KHALDUN

a)      Penglibatan dalam aktivit Sosial dan Politik
Beliau pernah menyandang beberapa jawatan dan pernah berkhidmat dengan beberapa orang pemerintah di Utara Afrika dan di Andalus.Banyak menyandang jawatan penting seperti setiausaha negara di Istana Sultan Abu Ishaq bin Abi Yahya dan Sultan Abu Anan :Anggota Majlis Ilmiah : Anggota Jabatan Setiausaha Sulit Sultan Abu Salim bin Abi Al Hassan di Fez,Maghribi : Duta Granada: Perdan Menteri (Hajib) Bokgie dan ketua hakim (Qadhi Al-Dudhah).Jawatan tersebut memberi peluang untuk berkhidmat kepada negara dengan lebih berkesan.

b)     Bidang Ilmu dan Pemikiran Islam
Berjaya menganalisis sejarah dari aspek kemasyarakatan ekonomi politik dan pendidikan.Memberi panduan yang terbaik kepada manusia tentang asas pembinaan sesebuah tamadun.Berpendapat bahawa sesebuah tamadun tertegak hasil dari keunggulan rohani dan jasmani.Merupakan pelopor kepada pemikiran pemikiran moden khususnya dalam bidang sejarah, politik, ekonomi, sosiologi dan pendidikan.Para sarjana mengiktiraf karya beliau sebagai bahan kajian dan rujukan.Pemikiran beliau sering dijadikan wacana,tema-tema seminar, bengkel, pesidangan ilmiah, judul-judul buku dan tesis di peringkat pengajian tinggi.Sebuah anugerah Ilmiah yang berprestij yang dinamakan sempena nama beliau iaitu Ibnu Khaldun Chair of Islamic Studies di Universiti Amerika. Namanya diabdikan di dalam sebuah Universiti di Jakarta Indonesia,iaitu Universiti Ibnu Khaldun.

c)      Karya Agung Ibnu Khaldun
Al-Muqaddimah  merupakan karya agung Ibnu Khaldun  dalam bidang persejarahan.Mengikut B.Lewis, buku ini merupakan ensiklopedia sintesis mengenai metadologi sains kebudayaan yang penting dan buku ini dapat membantu ahli sejarah dalam penghasilan kajian yang benar dan ilmiah.

     Al-Muqaddimah karya Ibnu Khaldun

Buku ini membahaskan secara terperinci tentang sejarah dan persejarahan.Buku ini setebal lebih kurang 700 helai muka surat.
Buku Muqaddimah ini dibahagikan kepada enam bab.Kandungannya ialah :-
Bab 1 : Risalah umum tentang masyarakat dan oertumbuhan umat manusia
Bab 2 : Kehidupan desa masyarakat badwi atau primitis.
Bab 3 : Mengenai negara, pemerintahan raja dan institusi khalifah.
Bab 4 : Tentang perkembangan tentang kota-kota dan negeri-negeri serta cara membezakan antara satu kota dengan kota.
Bab 5 : Ekonomi penduduk sesuatu tempat.
Bab 6 : Cara mempelajari ilmu pengetahuan dan pendidikan.

Isi kandungan buku ini juga terbahagi kepada bahagian asasi dan tidak asasi. :-
Bahagian Asasi : Disiplin falsafah, falsafah sejarah , dan falsafah sains sosial.
Bahagian tidak Asasi : Biografi kebudayaan, politik , agama, peradaban dan ilmu pengetahuan.
Muqaddimah ialah sumbangan yang agung dalam bidang pensejarahan yang merupakan percubaan awal ahli sejarah untuk memahami perubahan yang berlaku pada organisasi politik dan sosial manusia. Buku ini juga menjadi suatu bahan kajian yang menarik kerana pendekatan yang rasional, kaedah serta perbahasan yang analitikal dan terperinci.

d)     Pengasas falsafah Sejarah
Ibnu Khaldun mendefinisikan sejarah sebagai catatan atau maklumat tentang masyarakat manusia iaitu perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat manusia seperti kemarahan, kebiadaban, revolusi , perasaan setia kawan dan pemberontakan sehingga mengakibatkan terbentuknya kerajaan negara dan rakyat wujudnya pelbagai kegiatan dan pekerjaan manusia. Pelbagai aspek ilmu pengetahuan dan pertukangan dan secara umumnya berkenaan semua perubahan yang dialami oleh manusia.

 Secara ringkas daripada definisi di atas, sejarah dan masyarakat adalah satu kesatuan yang mempunyai kesamaan realiti yang berhubung kait antara satu sama lain.Konsep ini berbeza dengan pendapat Herodotus, seorang ahli sejarah Yunani yang mengatakan bahawa tuhan telah campur tangan secara langsung dalam menentukan sejarah manusia dan bukan manusia itu sendiri yang menentukan sejarahnya.Ibnu Khaldun telah menetapkan beberapa perinsip untuk sejarah. Contohnya,apabila mengkaji sesuatu peristiwa kebangkitan dan kejatuhan sesebuah krajaan, seseorang individu perlu memastikan penglibatan sebab dan akibat kejadian itu berlaku. Keadaan ini menunjukkan hubungan secara langsung antar asebab dan akibat.


Menurut beliau,manusia sendiri yang menetukan sejarahnya kecuali mereka yang melanggar hukum Allah samaada hukum tersurat dalam wahyu atau tersirat dalam hukum alam akan ditentukan Allah.Berjaya memurnikan ilmu sejarah dalam menjadikan rasional sebagai kayu ukur fakta sejarah tanpa fanatik kepada sesuatu laporan yang tidak terbukti kebenarannya.

Ibnu Khaldun mengariskan empat perkara yang perlu dilakukan sejarawan dalam penelitian dan analisis laporan sejarah iaitu ia membandingkan antara peristiwa-peristiwa dengan berdasarkan kaedah sebab dan musabab.Seterusnya,mengkaji peristiwa-peristiwa lalu untuk dijadikan iktibar kepada peristiwa-peristiwa yang sedang berlaku.Selain itu,mengambil kira pengaruh iklim dan alam sekitar terhadap apa yang berlaku.Akhirnya,mengambil kira kedudukan ekonomi dan budaya terhadap peristiwa yang berlaku.


e)      Sebagai Budayawan.
Merupakan penggiat budaya dan kesusasteraan arab. Pengajian kesusasteraannya dengan Syeikh Muhammad Bahr di Tunisia dimanfaatkan untuk menajamkan kemahirannya dalam bersyair. Banyak menghasilkan syair sejak kanak-kanak lagi. Kemahiran Ibnu Khaldun dalam bidang syair jelas kelihatan dalam karyanya Al-Muqaddimah apabila beliau membahaskan tentang syair arab.


                                 Image result for gambar buku ibnu khaldun


f)       Bapa Ekonomi Islam.
Ibnu Khaldun dikenali juga sebagai “Bapa ekonomi Islam” kerana pemikirannya tentang teori ekonomi yang logik dan realistik.Teori yang dikemukakannya jauh lebih terdahulu daripada teori-teori ekonomi yang dikemukakan oleh pakar ekonomi barat seperti Adam Smith (1723 hingga 1790) dan David Ricardo ( 1772 hingga 1823).Ibnu Khaldun telah mengutarakan beberapa perinsip dan falsafah ekonomi seperti keadilan, kerajinan , kerjasama dan keserdahanaan. Beliau menegaskan bahawa keadilan merupakan tulang belakang dan asas kekuatan sesebuah ekonomi.
Ibnu Khaldun melihat manusia memerlukan pengetahuan ekonomi untuk memenuhi misinya di atas muka bumi. Manusia perlu menjauhi perbuatan jahat sebaliknya perlu mengikut ajaran islam dan mesti memberikan keutamaan kepada kehidupan akhirat.

Beliau juga mengemukakan teori bahawa perekonomian sentiasa berada dalam keseimbangan antara penawaran dan permintaan. Menurut beliau faktor pengeluaran seperti tanah telah tersedia, faktor buruh masih dianggap faktor terpenting dalam proses pengeluaran.Ibnu Khaldun juga berpendapat bahawa kenaikan paras harga barangan yang tetap amat perlu untuk mengawal tahap produktiviti.

 PERKARA MENGHASILKAN SATU PENDIDIKAN YANG BERKESAN.

Terdapat 10 perkara yang ditekankan oleh Ibnu Khaldun untuk menghasilak satu pendidikan yang berkesan ialah dengan menghindari pelajar dari sikap meniru semata-mata.Selain itu,dalam proses pembelajaran perkara yang mudah perlu didahulukan dan dipastikan bahawa mereka memahami sepenuhnya sebelum berpindah ke suatu perkara yang lebih sukar.Seterusnya,pelajar tidak boleh dipaksa untuk menghafal di mana akan menghilangkan kreativitinya dan mengakibatkan kejumudan fikiran.Dengan kata-kata lain,subjek yang diajar perlu ade kesinambungan antara yang satu dengan yang lain dan dua subjek yang berlainan tidak boleh diajar secara serentak demi memastikan satu-satu subjek benar-benar difahami.
Menurut Ibnu Khaldun lagi, kecenderungan meringkaskan teks sehingga hilang fakta-fakta penting menjadikan matlamat sebenar penyampaian ilmu terbantut.Pelajar perlu dilayan dengan penuh hikmah dan tindakan secara tegas perlu dielakkan kerana memberi kesan yang negetif dalam diri pelajar.Dengan ini,tanggungjawab seorang guru bukan sahaja menyampaikan ilmu tetapi juga harus mempamirkan akhlak yang terpuji.Para sarjana perlu digalakkan untuk mengembara dan menghadiri majlis-majlis ilmu di luar negara.Pendidikan perlulah sesuatu yang praktikal dan ilmu yang disampaikan perlu kepada rasional akal fikiran terutama yang berkaitan dengan sejarah dan peristiwa-peristiwa kemasyarakatan.Akhir sekali di dalam bukunya tentang pendidikan ialah dalam mempelajari sains,kemahiran amat diperlukan.

IBNU KHALDUN TERHADAP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Terdapat lima perkara penting yang diketengahkan oleh beliau dalam mendidik kanak-kanak. Antaranya ialah dalam pengajran Al-Quran.Selain itu,dalam penyediaan teknik pengajaran yang berkesan bagi membantu kanak-kanat dalam proses pembelajaran.Seterusnya,Penyediaan Pendidikan akhlak bagi mendidik akhlak dan moral kanak-kanak.Kemudian,dari segi penyediaan pendidikan psikologi dan pendidikan sosial bagi membantu kanak-kanak dalam berkomunikasi.

Ibnu Khaldun juga berpendapat bahawa kanak-kanak memerlukan jadual pembelajaran yang teratur dan disusun dengan baik supaya kanak-kanak dapat memahami apa yang disampaikan.Dengan kata-kata lain,belajar menggunakan pancaindera dan diberi contoh yang mudah dan konkrit dalam pembelajaran mereka.Guru sebagai tenaga pengajar perlu mendedahkan dengan contoh teladan yang baik kepada kanak-kanak.Pada usia yang muda bagi kanak-kanak Islam perlulah didedahkan dengan diajar membaca Al-Quran sebelum menghafalnya.Mereka juga seharusnya menerima bimbingan dengan lemah lembut ,bukan melalui kekerasan.Dengan ini mereka akan mudah memahami apa yang disampaikan oleh guru mereka.Akhir sekali ape yang ditekankan oleh Ibnu Khaldun dalam mendidik kanak-kanak ialah pemikiran kanak-kanak mudah keliru, apabila diajar dua perkara dalam masa yang sama. Oleh yang demikian, hanya satu perkara pada satu jangka masa yang sama.


 IBNU KHALDUN BERPENDAPAT KANAK-KANAK


Belajar daripada mudah kepada yang lebih susah secara :-
·         Berperingkat.
·         Latih tubi.
·         Benda-benda maujud.

Murid-murid tidak dibebankan dengan perkara-perkara yang luar kemampuan mereka. Ini boleh menyebabkan mereka sukar untuk memperoleh sesuatu ilmu dengan berkesan.Jangan terlalu panjangkan masa belajar keranaboleh menyebabkan lupa, sebaliknya dalam waktu yang pendek serta cara yang betul akan memudahakan pelajar mendapat hasil pembelajaran yang lebih baik.


Bahayanya hukuman keras ke atas anak-anak.Ibnu Khaldun tidak menggalakkan hukuman keras dikenakan kepada kanak-kanak yang baru ingin belajar.Sebagai seorang guru yang professional tidak boleh melakukan paksaan, menegur, kesalahan anak-anak dengan kasih saying dan sekiranya tiada perubahan barulah kekerasan digunakan.Selain itu,anak-anak tidak boleh dipukul lebih daripada tiga kali dalam sesuatu masa.Walaubagaimanapun, ibubapa dilarang untuk terlalu berlemah lembut kerana ini boleh melalaikan anak-anak.
Juga disarankan untuk membiasakan anak-anak untuk menghormati tetamu dan melarang mereka kecuali pada waktu yang sesuai.



 RUMUSAN

     Berdasarkan maklumat yang telah saya pelajari mengenai Ibnu Khaldun ialah saya dapat memperoleh banyak ilmu dan input daripada beliau. Beliau merupakan seorang sejarahwan yang terulung dan disegani pada satu ketika dahulu. Beliau juga merupakan seorang pemikir Islam terulung dalam bidang sejarah,sosiologi,politik dan agama.Semasa kecil beliau dididik oleh ayahnya dan dihantar berguru dengan ramai sarjana Islam yang hebat di Tunisia.

     Teori yang dikemukakannya jauh lebih terdahulu daripada teori-teori ekonomi yang dikemukakan oleh pakar ekonomi barat seperti Adam Smith dan David Ricardo. Ibnu Khaldun dianggap seorang ahli falsafah sejarah dan sarjana teragung sepanjang zaman.Beliau menggunakan kaedah penyelidikkan yang mirip kepada kaedah sosiologi dimana beliau menekankan sifat-sifat semula jadi dan sebab-sebab peristiwa sejarah berlaku.Beliau membahagikan sejarah kepada dua,iaitu sejarah am dan sejarah khas.