Pengenalan Sindrom Asperger
DEFINISI
Sindrom Asperger merupakan
kelompok gangguan pervasif iaitu gangguan yang berlaku terhadap perkembangan
kehidupan penghidapnya terutama kepada aspek interaksi sosial dan prilaku. National
Institute of Neurological Disorder and Stroke (2012) telah mendifinisikan
sindrom Asperger sebagai Autism Spectrum Disorder (ASD) iaitu
salah satu daripada kategori masalah pembagunan neuro yang melahirkan masalah
dalam interaksi sosial,kominikasi dan corak tingkah laku. ASD ini dilihat hadir
di peringkat awal kanak-kanak dan kerap kali dikesan ketika berusia sekitar 2
tahun.
Namun, Lim Chen Yin dan
bebrapa orang saintis lain telah menjelaskan bahawa kanak-kanak sindrom
Asperger mempunyai otak yang cergas, berkemahiran dalam proses pemahaman ,
dapat berfikir secara logik dan berupaya mengingati sesuatu secara terperinci
selain mampu menyusun fakta secara sistematik. Grandin turut menyatakan bahawa
kanak-kanak yang menghidap sindrom Asperger akan seringkali mengalami
gangguan semasa pembelajaran tetapi mereka mempunyai semangat yang tinggi dalam
mempelajari sesuatu yang baru dan berulang.
Sindrom Asperger
berbeza dengan gejala Autisme yang lain dari segi kemampuan linguistik dan
kognitif dan ada di antara individu ini mempunyai tahap kecerdikan yang tinggi
termasuklah apa sahaja yang berbentuk praktikal. Kanak-kanak ini juga menurut
Williams (1996) dalam Williams (2008) kadangkala kelihatan tersenyum sendirian,
tidak mendengar dengan jelas,menyebut perkataan yang tidak jelas,tidak
mengendahkan rasa sakit dan sentiasa mengelak untuk bertentang mata.
Namun,kanak-kanak ini juga sebenarnya boleh menerima pembelajaran jika diberi
peluang.
Kepelbagaian kaedah
pendekatan yang diterapkan oleh guru-guru Program Pendidikan Khas kepada
kanak-kanak berpendidikan khas terutamanya kanak-kanak berpendidikan Khas
terutamanya kanak-kanak sindrom Asperger. Pemilihan teknik yang
bersesuai amat diperlukan kerana terdapat perbezaan besar antara knak-kanak
normal dengan kanak-kanak khas dan secara pasti, kaedah dan teknik yang
berkesan mampu memberi sumbangan dalam kehidupan dan perkembangan pembelajaran
kanak-kanak tersebut. Mereka juga memerlukan motivasi yang tinggi setiap hari
dan aktivit-aktiviti haruslah berulang supaya mereka dapat memahaminya dengan
lebih jelas.
PENGGUNAAN BAHASA TULISAN DALAM TEKNIK PEMBELAJARAN
KANAK-KANAK ASPERGER.
Kupasan sorotan
literatur mengenai penggunaan bahasa tulisan dalam pembelajaran kanak-kanak Asperger
dijelaskan dengan pembahagian aspek penggunaan tulisan dalam bidang
teknologi komputer dan juga penggunaan tulisan dalam pendidikan seni.
Dalam kajian tentang
perisian Matematik untuk pelajar berkeperluan khas untuk menggunakan aplikasi
teknologi dalam teknik pembelajaran yang turut dikategorikan sebagai bahan
bantu mengajar berbentuk bahasa tulisan. Objektif ini dijalankan untuk mengkaji
tahap keberkesanan perisian Matematik bagi subtopik tajuk pecahan dan juga cara
juga untuk mengatasi kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar terhadap
subtopik tersebut.
Kajian telah menyatakan
bahawa perisian pembelajaran mampu memberi kesan positif ke atas sesebuah mata
pelajaran. Namun, kanak-kanak berkeperluan khas mempunyai tahap keyakinan diri
yang rendah dan mengganggap matematik bukanlah mata pelajaran yang senang untuk
dipelajari dan mudah untuk difahami.
Fenomena kebimbangan
tehadap matematik ini juga dikenali sebagai “mathphobia” iaitu perasan
takut yang tidak rasional terhadap matematik. Hal ini membuatkan pemikiran
pelajar diracuni dengan tanggapan yang negatif terhadap mata pelajaran
matematik dan seterusnya kurang minat utuk terus tekun dalam mempelajari ilmu
ini.
PERISIAN
MULTIMEDIA “MACROMEDIA AUTHORWARE”
Perisian
multimedia berbentuk tulisan yang digunakan dalam kajian ini perisian “Macromedia
Authorware” 7.0 yang berperanan sebagai alat pengarang dan turut mempunyai
elemen-elemen multimedia yang mempercepatkan maklumat untuk diproses. Kajian
yang telah dilakukan terhadap kanak-kanak sindrom Asperger dan hal ini
dapat memperlihatkan terdapat peningkatan dalam prestasi pelajar yang telah
menggunakan perisian ini. Ia juga mendapati bahawa penggunaan teknologi mampu
mengubah tanggapan pelajar mengenai kesukaran yang sering timbul menerusi mata
pelajaran matematik.
Seterusnya,
kanak-kanak Pendidikan Khas turut menggunakan kaedah bahasa tulisan dalam
teknik pembelajaran kanak-kanak khas tersebut. Objektif kajain ini, yang
pertamanya ialah untuk mengenal pasti sejauh mana kemudahan TMK yang disediakan
di sekolah dapat membantu dalam pengajaran dan pembelajaran, yang kedua ialah
mengenal pasti sikap guru-guru terhadap penggunaaan TMK dalam teknik
pembelajaran di sekolah.
Disamping
itu, penggunaaan komputer merupakan bahan bantu mengajar berbentuk tulisan yang
mampu menyumbang sesuatu terhadap aplikasi bahan bantu mengajar yang baik dan
berkesan. Penggunaan modul-modul pengajaran berbentuk CD-ROM dan multimedia interaktif boleh digunakan
dalam usaha tersebut. Pengunaan CD-ROM yang dapat membantu pelajar menguasai ilmu
terhadap sesuatu yang disampaikan termasuklah ketika berada di luar bilik
darjah.Hal ini memperlihatkan bahawa tahap kemahiran guru adalah mahir pada
item-item tertentu sahaja dan masih perlu dipertingkatkan.
Selanjutnya,
bahasa tulisan yang digunakan dalam
aplikasi komputer mampu menyumbang kepada keberkesanan teknik pembelajaran di
sekolah terutamanya bagi kanak-kanak berpendidkan khas. Bahasa tulisan mampu
menjadi medium komunikasi yang mudah dan bertindak positif dalam melancarkan
proses interaksi sehala seterusnya membantu dalam menangani masalah kemerosotan
sosial dan gangguan bahasa yang sering terjadi dalam kalangan kanak-kanak
pendidikan khas terutama kanak-kanak penghidap sindrom Asperger.
Tambahan
pula, kajian yang berkaitan TMK dalam
program pendidikan khas telah mengetegahakan bahasa tulisan dalam teknik
pembelajaran kanak-kanak berpendidikan khas. Objektif kajian ini dijalankan
bertujuan untuk mengenal pasti tahap penerimaan guru terhadap penggunaan
komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Pendidikan Khas.
Objektif
kedua ialah untuk mengenal pasti penggunaan komputer dalam proses pengajaran oleh
guru pendidikan Khas,manakala objektif ketiga ialah untuk mengenal pasti
penerimaan pelajar terhadap penggunaaan komputer dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Objektif keempat dan kelima kajian ini ialah untuk mengkaji
sejauh mana penggunaan komputer oleh pelajar Pendididkan Khas di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran serta mengenal pasti perbezaan signifikan terhadap
penerimaan dan penggunaan komputer.
Perbezaan yang
signifikan bagi min prestasi pemahaman bacaan antara murid-murid berpencapaian
sederhana yang mengikut pengajaran pemahaman bacaan menggunakan aplikasi komputer
secara interaktif dengan murid-murid berpencapaian serdahana yang mengikut
pengajaran menggunakan kaedah tradisional. Pengunaan komputer yang mengandungi
bahan-bahan berbentuk peningkatan terhadap fokus kanak-kanak yang seterusnya
dapat membentuk keperibadian dan interaksi sosial yang lebih berkualiti dalam
kalangan kanak-kanak Pendidikan Khas.
Kajian ini juga
membuktikan bahawa penggunaan tulisan yang digabungkan dengan media interaktif
dapat meningkatkan minat kanak-kanak
Pendidikan Khas terutamanaya kanak-kanak yang mengalami sindrom Asperger unutk
tidak bosan dalam menghidapi dunia pembelajaran kehidupan seharian mereka.
Kemampuan komputer
menyampaikan sesuatu maklumat secara cepat,tepat dan menarik dalam bentuk
multimedia menjadikannya sebagai satu daya tarikan ke arah kewujudan satu
senario belajar yang lebih menyeronokkan dan sekaligus banyak mempengaruhi
corak pembelajaran masa kini.
Seterusnya,penggunaan
bahasa tulisan dalam pembelajaran kanak-kanak Asperger turut berlaku dalam bidang pendidikan seni.
Pendidikan seni dilihat mampu memberi sumbanagan positif terhadap perkembangan
kanak-kanak tersebut, tidak kira daripada sudut pembelajaran mahupun komunikasi
sosial. Hal ini dapat memperlihatkan terdapat bahasa tulisan dan ilutrasi dalam
teknik pembelajaran kanak-kanak pendidikan khas.
Objektif kajian ini
ialah untuk mengenal pasi kesan atau manfaat yang diterima oleh kanak-kanak
Pendidikan Khas setelah menjalani penyerapan mata pelajaran pendidikan seni
dalam situasi pembelajaran mereka. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
menyenaraikan sebanyak enam objektif Kompenan Pendidikan Seni ialah untuk
mengembangkan bakat murid, membantu dalam perkembangan kognitif dan
psikomotor,meningkatkan usaha untuk menghasilkan karya seni.
Perkembangan motor
halus ialah aktiviti yang melibatkan pergerakan jari-jemari dan koordinasi mata
manakala perkembangan motor kasar ialah aktiviti yang melibatkan seluruh
anggota badan. Kajian telah membuktikan bahawa prestasi komunikasi motor halus
dan motor kasar masalah pembelajaran telah menyatakan bahawa perbezaan umur dan
kecacatan turut mempengaruhi tahap keupayaan kemahiran motor halus dan motor
kasar kanak-kanak bermasalah pembelajaran dan kajian sebegini amat diperlukan
bagi membantu meningkatkan pretasi kanak-kanak masalah pembelajaran.
Alat yang digunakan
dalam kurikulum seperti pensel,pensel warna,krayon,berus dan warna. Hal ini
memperlihatkan dengan jelas bahawa kurikulum pendididkan seni adalah bahan
bantu mnegajar berbentuk tulisan yang dapat membantu dalam perkembangan
interaksi sosial dan pembelajaran kanak-kanak Pendidikan Khas. Namun teknik mengajar
unutk menulis dalam kalangan kanak-kanak Pendidikan Khas ini dilihat kurang
diberi perhatian.
Dalam
kajian mengenai genggaman pendel dalam kemahiran bertulis kanak-kanak
pendididkan khas yang menyatakan bahwa kanak-kanak yang berada dalam kategori
kanak-kanak bermasalah pembelajaran (KKBP) seperti Autisme ringan Attention
Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan lain-lain menghadapi
masalah pembelajaran kerana melalaui perihatian yang dijalankan didapati bahawa
guru-guru jarang mengajar kanak-kanak tersebut untuk memegang alat tulis dengan
betul.
Komponen
ini berperanaan bukan sahaja sebagai komponen yang membawa elemen kreatif masuk
ke dalam kehidupan kanak-kanak Pendidikan Khas,malah turut membuka ilmu
pengetahuan baru dalam situasi pembelajaran kanak-kanak Pendididkan Khas dengan
kaedah pengajaran yang menggunakan bahasa tulisan sebagai medium penyampaian
dan pendidikan.
PENGGUNAAN BAHASA LISAN DALAM TEKNIK PEMBELAJARAN
KANAK-KANAK SINDROM ASPERGER
Dalam
kajian yang lain telah membuktikan bahawa pengaruh Social Stories dalam
keterampilan komunikasi kanak-kanak sindrom Asperger telah menggunakan
bahasa lisan untuk diaplikasikan dalam teknik pembelajaran kanak-kanak sindrom
Asperger. Kajian ini dijalankan adalah untuk memperoleh gambaran terhadap
keterampilan dalam proses komunikasi antara kanak-kanak sindrom Asperger dari
sudut pragmatik dan mengetahui keberkesanan aplikasi Social Stories sebagai
interversi. Social Stories ialah media berbentuk gambar, role play
dan verbal prompt. Social Stories juga berperanan sebagai alat untuk
membantu individu yang mengalami spektum autisme untuk memahami corak mudah
dalam komunikasi secara interpersonal yang membolehkan mereka berinteraksi
dengan lebih berkesan seterusnya melancarkan interaksi komunikasi dalam
kalangan masyarakat.
Kanak-kanak sindrom Asperger mempunyai
kelemahan dalam keterampilan sosial mereka terutamanya di dalam proses
komunikasi. Kanak-kanak sindrom Asperger menghidapi maslaah dalam
komunikasi terutamanya unutk menyesuaikan diri dengan keterampilan
berkomunikasi yang dilihat dari sudut pragmatik. Hasil peneletian turut menjelaskan bahawa terdapat perubahan
dalam tingkah laku kanak-kanak sindrom Asperger sebelum dan selepas
diberi pendedahan mengenai inteversi Social Stories. Kanak-kanak sindrom
Asperger tersebut mampu untuk berbicara, bertindak balas apabila nama
dipanggil serta berupaya untuk menghadirkan diri ke arah orang yang memanggil
walaupun sedang berbicara dengan orang lain.
Namun,kajian
ini menunjukkan bahawa kanak-kanak sindrom Asperger ini turut berubah
tingkah laku dan masih mengharapkan sumbangan Social Stories dalam usaha
untuk memahami sesebuah mesej yang disampaikan.
Seterusnya,kajian
turut dijalankan mengenai pengalaman guru-guru dan kanak-kanak autisme ketika
berkomunikasi. Kajian ini melihat kepada tingkah laku pembelajaran yang telah
dialami oleh kanak-kanak tersebut. Objektif ini adalah untuk mendeskripsikan
pengalaman guru ketika berkomunikasi dengan kanak-kanak Austisme yang memberi
kesan langsung terhadap proses pembelajaran tingkah laku kanak-kanak tersebut.
Selain
itu, guru haruslah mencipta suasana kasih sayang dalam sistem pembelajaran
kanak-kanak autisme dengan kaedah pertama iaitu mematuhi perintah mengajar
dengan cara berimaginasi dan bersosial bersama rakan sebaya. Selain itu, guru
juga perlu menggunakan bahasa verbal untuk menyampaikan mesej dengan jelas
iaitu dengan menggunkan suara yang halus terlebih dahulu tetapi akan bertindak
sedikit keras jika tidak memperoleh respon yang diharapkan.
Kajian
berikutnya telah menggunakan bahasa lisan dalam teknik pembelajaran kanak-kanak
autisme tetapi dinilai melalui sudut pemahaman ibu bapa kanak-kanak tersebut.
Objektif kajian ini ialah untuk meninjau perspektif ibu bapa tehadap penggunaan
amalan dari segi interversi, penyampaian perkhidmatan dan penglibatan keluarga
alam program interversi awal yang diterima oleh kanak-kanak autisme.
Dianalisis
dan ditranskripsikan secara verbatim. Teknik pembelajaran yang diaplikasikan
dalam usaha untuk memperolehi hasil kajian ini adalah dengan menggunakan kaedah
Amalan Program Intevensi Awal. Intervensi awal ialah satu proses untuk
membekalkan perkhidmatan pendidikan dan sokongan kepada kanak-kanak yang
mempunyai risiko atau mengalami masalh kelambatan dalam perkembangan mental
atau fizikal. Kelembatan dan risiko yang dialami akan mempengaruhi
perkembanagan dan bertindak sebagai penghalang dalam proses pembelajaran.
Program
ini disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak dan keluarga berpendidikan
khas dalam lima bidang perkembangan
iaitu fizikal, kognitif, komunikasi,sosial serta emosi dan adaptasi. Intervensi
awal sebagai perkhidmatan yang diberikan kepada kanak-kanak, ibu bapa dan
keluarga semasa mengandung , masih bayi atau pada peringkat awal kanak-kanak.
Sistem ini menyokong bentuk interaksi keluarga supaya perkembangan dan
mengelakkannya daripada menjadi lebig serius.
Kajian ini telah
dijalankan oleh sainstis berkaitan dengan kecelaruan bahasa Melayu untuk
pelajar intervensi awal membaca dan menulis. Dapatan kajian mengenai teknik
pembelajaran PIA yang menggunakan bahasa lisan hasil kajian memperlihatkan
perubahan dalam terapi pertuturan kanak-kanak autisme. Kaedah ini mampu
menyumbang ke arah perkembangan positif dalam pembelajaran kanak-kanak autisme.
SESI BERCERITA
DALAM KALANGAN KANAK-KANAK
Manakala, kajian lain
telah dilakukan berkenaan tentang sesi bercerita dalam kalangan kanak-kanak
sindrom Asperger turut diperlihatkan terdapat penggunaan bahasa lisan
dalam teknik pembelajaran kanak-kanak sindrom Asperger. Objektif kajian
ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti gangguan semasa sesi bercerita dalam
kalangan kanak-kanak Asperger serta menganalisis gangguan semasa sesi
bercerita dalam kalangan kanak-kanak sindrom Asperger.
Seterusnya, instrumen
yang telah digunakan dalam kajian ini ialah dengan menggunakan kaedah bercerita
iaitu aplikasi buku cerita yang bersaiz besar. Penggunaan bahan cerita dalam
bentuk buku merupakan kaedah yang sangat baik untuk digunakan tanpa perlu
membazirkan wang yang sedia ada dijual di pasaran. Pengunaaan kaedah ini dapat
menarik minat dalam kalangan pelajar. Dengan ini dpaat menimbulkan minat dalam
diri pelajar akan mempengaruhi proses pembelajaran.
Kanak-kanak ini
dibenarkan untuk bertanya pelbagai jenis soalan yang berkaitan dengan cerita
tersebut. Antara gangguan sepanjang kajian ini dijalankan ialah gangguan
persekitaran yang berlaku ketika proses penceritaan dijalankan. Gangguan
tersebut termasuklah pelbagai bentuk soalan diajukan oleh pelajar ketika guru
sedang bercerita. Kanak-kanak tersebut dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya
kepada penceritaan kerana secara kebetulannya gambar haiwan yang menjadi aspek
yang diberi fokus dalam perceritaan tersebut tidak dimasukkan ataupun
disisipkan di laman helaian buku cerita tersebut.
Gangguan tersebut yang
dihadapi oleh guru ialah gangguan ini terjadi disebabkan pelajar dapat memberi
gambaran mengenai cerita yang telah diketahui dengan cerita yang sedang
diceritakan iaitu sama ada sedikit ataupun banyak. Namun gangguan ini dilihat
dapat memberi kesan yang besar dan positif dalam proses pemahaman cerita baru.
Melalui kajian ini dapat memberi peluang kepada pelajar untuk lebih aktif
bersuara, memberi pendapat serta melayari pengetahuan yang sedia ada.
Selain itu, mereka juga
dilihat padat menguasai bahasa yang diatur oleh mereka sambil mempelajari
kaedah menunggu giliran dalam meluahkan pendapat masing-masing. Penyataan ini
turut disokong dan menjelaskan bahawa terdapat perubahan dalam tingkah laku
kanak-kanak sindrom Asperger selepas menjalani intervensi cerita sosial.
CADANGAN ATAU IMPLIKASI
Pada pendapat saya
masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak sindrom Asperger ini dapat dibendung dengan menerapkan beberapa
teknik yang berkesan yang telah diterapkan oleh beberapa orang guru setelah
mereka membuat kajin terhadap kanak-kanak penghadap sindrom Asperger
antara teknik-teknik yang diterapkan ialah.
Pertama, teknik pembelajaran
yang berbeza dengan kanak-kanak normal dan kanak-kanak khas. Kaedah ini sangat
berkesan dan mampu memberi sumbangan dalam kehidupan dan perkembangan
kanak-kanak sindrom Asperger.
Seterusnya, penggunaan
aplikasi teknologi dalam teknik pembelajaran yang turut diketogerikan sebagai
bahan bantu mengajar untuk mengajar bahasa lisan. Pembimbing juga boleh
menggunakan perisian multimedia berbentuk tulisan yang digunakan dalam kajian
ini adalah perisian Macromedia Authorware 7.0 yang berperanan sebagai
alat pengarang dan turut mempunyai elemen-elemen multimedia yang mempercepatkan
maklumat untuk diproses. Kajian ini juga mendapati bahawa penggunaan teknologi
mempu mengubah tanggapan pelajar mengenai kesukaran yang sering timbul menerusi
pembelajaran Matematik.
Selain itu, terdapat
teknik lain juga yang boleh diterapkan dalam diri kanak-kanak sindrom Asperger
ini iaitu, pengunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam kalangan
kanak-kanak pendidikan khas turut menggunakan bahasa tulisan dalam teknik
pembelajaran kanak-kanak khas tersebut. Penggunaan komputer merupakan bahan
bantu mengajar berbentuk tulisan yang mampu menyumbang sesuatu terhadap
aplikasi bahan bantu mengajar yang baik dan berkesan.
Selanjutnya, perkembangan
motor halus ialah aktiviti yang melibatkan pergerakan jari-jemari secara bebas
dan koordinasi mata seperti melukis,menconteng,mewarna, bermain doh dan
sebagainya manakala pergerakan motor kasar ialah aktiviti berkaitan dengan
pergerakan seluruh anggota badan seperti monkey bar, berlari, bermain
badminton dan lain-lain. Prestasi
komunikasi motor kasar dan motor halus masalah pembelajaran telah
menyatakan bahawa perbezaan umur dan kecacatan turut mempengaruhi tahap
keupayaan kemahiran motor halus dan motor kasar kanak-kanak yang bermasalah
dalam pembelajaran dan kajian ini dapat membantu meningkatkan prestasi
kanak-kanak.
Justeru, guru juga
boleh menerapkan pengaruh Social Stories dalam keterampilan komunikasi
kanak-kanak sindrom Asperger telah menggunakan bahasa lisan untuk
diaplikasikan dalam teknik pembelajaran mereka. Dengn ini mereka dapat
memperoleh gambaran terhadap keterampilan dalam proses komunikasi antara
kanak-kanak sindrom Asperger dari sudut pragmatik dan mengetahui
keberkesanan aplikasi Social Stories dalam keterampilan komunikasi
kanak-kanak tersebut.
Malahan, bahasa lisan
ini juga dapat digunakan dalam teknik pembelajaran kanak-kanak autisme tetspi
dinilai melalui sudut pemahaman ibu bapa kanak-kanak tersebut. Dengan kajian
ini dijalankan oleh ibu bapa dirumah ia dapat meninjau perspektif ibu bapa
terhadap penggunaan amalan dari segi interversi, penyampaian perkhidmatan dan
penglibatan keluarga dalam program interversi awal yang diterima oleh
kanak-kanak autisme.
Akhir sekali, masalah
ini juga dapat dibendung dengan guru dan ibu bapa juga boleh menerapkan sesi
bercerita dalam kalangan kanak-kanak sindrom Asperger turut
diperlihatkan terdapat penggunaan bahasa lisan dalam teknik pembelajaran
kanak-kanak sindrom Asperger . Kajian ini dijalankan untuk mengenal
pasti gangguan semasa sesi bercerita dalam kalangan kanak-kanak sindrom Asperger.
KESIMPULAN
Tuntasnya, terdapat
pelbagai kaedah yang diserapkan dalam teknik pembelajaran kanak-kanak sindrom
Asperger. Kajian ini mengupas dengan
membahagikan kepada dua bahagian iaitu teknik pembelajaran dengan menggunakan
bahasa tulisan dan teknik pembelajaran dengan menggunakan bahasa lisan.
Perbezaan antara
keduanya ialah penyerapan teknik pembelajaran ini bukan sahaja perlu dimulakan
di sekolah oleh guru-guru Program Pendidikan Khas, tetapi turut diajar oleh ibu
bapa kanak-kanak tersebut untuk diaplikasikan di rumah agar pembelajaran secara
berterusan dapat dijalankan.
Seterusnya, kajian ini
juga dapat diperlihatkan bahawa penerapan teknik yang betul dapat membantu
corak pemikiran yang positif di kalangan kanak-kanak sindrom Asperger. Menerusi
pendekatan yang telah dilakukan memperlihatkan bahawa kanak-kanak sindrom Asperger
dapat bertindak dengan lebih fokus, dapat menunggu giliran untuk bercakap dan
meluahkan pendapat serta menghasilkan refleksi ujaran yang bersesuaian dengan
topik yang dibincangkan.
Hal ini seterusnya
dapat membantu orang sekeliling terutama ibu bapa dan guru-guru dalam
merangsang minat,menyerapkan ilmu pengetahuan serta memperbaiki tingkah laku
kank-kanak ini agar lebih baik dan positif.
No comments:
Post a Comment