Sunday, August 26, 2018

7 Tips Mengendalikan Anak Hiperaktif Supaya Boleh Duduk Diam !


Secara umumnya ada tip untuk mengendalikan anak hiperaktif supaya boleh duduk diam. Biasanya anak sebegini anak aktif seperti berlari, melompat dan menjerit di sana sini. Malah ada yang mempersoalkan, “Betul ke anak saya Hiperaktif ?” Jika Ya ! Bagaimana nak mengendalikan anak-anak sebegini ?
Jom ikuti panduan mengenai hal ini.

                                 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgwFF7JTRtiLIL02KsWZlj6Ad_7VQeLZhW99opqNQZGPez2RCSezBZovgtD_wCPlh2z83CexGJhRNKEEq_j8GfGE8oojFcarpwb3P6aF3AKUSpUpXM7972MEeMsEleVxf9w7yaKrKwYm1I/s400/download+%25289%2529.jpg

            Anak hiperaktif sukar duduk diam, kurang memberi tumpuan kepada sesuatu perkara dan bertindak spontan mengikut kehendak hati serta sukar mengasingkan maklumat yang diterima. Menguruskan anak hiperaktif bukan mudah dan kadang kala meletihkan ! Mereka ini sangat aktif dari segi fizikal dan mental berbanding kanak-kanak lain.

                                                       
                                                
Ingatan mereka kuat tetapi kelemahan mereka adalah cepat bosan dan kurang memberi fokus kepada sesuatu perkara yang mana akan menjejaskan ingatan jangka masa panjang mereka. Dokter Seto Mulyadi dalam bukunya “Mengatasi masalah anak sehari-hari” menyatakan pengertian istilah anak hiperaktif ialah “Hiperaktif menunjukkan adanya suatu pola perilaku yang menetap pada seorang anak. Perilaku ini ditandai dengan sikap tidak mahu diam, tidak boleh fokus dan bertindak sekehendak hatinya.

                                  

Anak hiperaktif sering menjadi kebimbangan ibu bapa apabila jarang mempertimbangkan akibat daripada tindakan yang dilakukannya sama ada merbahaya dirinya atau orang lain.
Oleh itu, kanak-kanak hiperaktif memerlukan pengawasan rapi serta perhatian yang lebih daripada ibu bapa. Dalam pada itu, kanak-kanak hiperaktif cepat bosan sekiranya tiada kawan untuk berkomunikasi dan bermain. Ibu bapa hendaklah menyediakan dan merancang aktiviti yang pelbagai bagi mengatasi sifat cepat bosan mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu kreatif merancang  pelbagai aktiviti menarik dan selamat untuk mereka.

7 Tips di bawah ini dapat menolong anda dalam menghadapi anak yang hiperaktif :


Image result for gambar kanak-kanak hiperaktif

1.      Peraturan

Buatlah peraturan dan had batasan yang jelas di rumah. Jika perlu, anda menuliskannya dan tampal di bahagian ruangan rumah tertentu. Tindakan ini supaya semua anggota keluarga dapat melihat dan mematuhinya termasuklah “si hiperaktif”. Dengan ini dapat mengawal pergerakkannya dengan mudah. Pastikan peraturan ini dilakukan secara rutin.

2.      Waktu lapang bersama

Gunakan waktu lapang anda melakukan aktivit bersama si manja anda seperti berjalan-jalan di taman, membaca buku cerita bersama, bermain bersama dan sebagainya. Aktiviti ini dapat mengembangkan hubungan anda bersama si manja anda yang hiperaktif. Sehingga mereka dapat bersikap positif dan melakukan aktiviti secara natural bersama anda, tanpa harus berlebihan.



                     Image result for gambar kanak-kanak hiperaktif

3.      Aktivit Fizikal

Anak-anak yang hiperaktif sangat dipengaruhi oleh tenaga yang berlebihan di dalam tubuh mereka. Hali ini menyebabkan mereka sukar untuk fokus terhadap sesuatu. Supaya si manja dapat menyalurkan tenaganya, anda boleh membantu dengan melakukan beberapa aktiviti olahraga. Misalnya berlari, bermain bola dan sebagainya. Di samping itu, aktiviti ini dapat membantu dalam mengelola moodnya. Kurangkan makanan manis yang boleh menyebabkan dia lebih bertenaga.  


                                    Image result for gambar kanak-kanak hiperaktif

4.      Ingin perhatian
Secara umumnya anak-anak ingin mendapat perhatian daripada ibu bapa. Namun anak-anak yang hiperaktif sering mendapat perhatian dari aktivitnya negatif yang dilakukannya. Jadi anda perlu mengubah cara kehidupan dengan memberikan perhatian kepada anak anda secara lebih positif.

5.      Teguran

Anak seperti ini sukar diramal tingkah lakunya. Kadang kala sikap mereka sukar dikawal. Malah ada juga tindakan mereka boleh membahayakan. Jangan biarkan ia berlarutan. Segera menegur dan menasihati anak hiperaktif sekiranya apa yang mereka lakukan bakal mendatangkan akibat buruk.

6.      Bersabar

Sikap anak yang hiperaktif membuatkan anda hilang sabra. Ini kerana kerenahnya kadang kala membuatkan anda panas baran. Apa pun, jangan bertindak memukul dan memalukan kesalahan atau melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Sekiranya cuba memberi nasihat secara rasional. Jelaskan dengan ayat yang mudah dengan membuat penegasan kenapa sikapnya itu tidak elok.


                             Image result for gambar kanak-kanak hiperaktif

7.      Nasihat pakar

Jika anak masih tidak menunjukkan perubahan walaupun pelbagai usaha yang dilakukan, dapatkan nasihat dan rawatan pakar sekiranya tahap hiperaktif anak kita membimbangkan.

Sekian J

No comments:

Post a Comment