Adalah amat penting untuk memasukkan makanan daripada semua kumpulan
diet kanak-kanak agar mereka mendapat semua nutrien yang diperlukan untuk
pertumbuhan dan perkembangan mereka. Teruskan membaca untuk mengetaui 6 jenis
makanan yang anda mesti masukkan dalam diet anak anda.

Menggalakkan anak-anak untuk mempunyai haya hidup yang sihat juga amat
penting. Lebih-lebih lagi, zaman sekarang yang penuh dengan lambakan makanan
rapu yang mudah dibeli. Secara asanya, ibu bapa perlu mengamalkan dan
memperkenalkan makanan sihat dalam diet keluarga. Jangan pula makan makanan
yang rapu popular zaman 90an.
Kanak-kanak memerlukan protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral
untuk membesar. Di sini saya ingin kongsikan mengenai tips makanan yang
sihat untuk kanak-kanak. Ini adalah contoh makanan kanak-kanak yang
sesuai.
1. Buah-buahan
Buah
– buahan membekalkan serat, vitamin dan mineral penting. Buah beri ( blueberry,
raspberry,blackberry) adalah yang terbaik kerana ia melindungi
daripada penyakit jantung,kencing manis, memperbaiki fungsi otak dan
mengurangkan lemak yang tidak diingini.
Oren
adalah sumber yang sangat baik untuk vitamin C. Campurkan buah-buahan yang
berlainan warna dan membuat ‘smoothie’ dalam mangkuk anak anda
yang mempunyai warna yang menarik.
Namun, tidak perlu tampak seperti ‘mat salleh’ sangat.
Buah-buahan tropika juga amat bagus untuk anak kita. Buah-buahan tempatan
seperti belimbing, pisang, tembikai dan lain-lain juga sesuai. Mana-mana
buah-buahan adalah baik untuk anak anda.
2. Sayur-sayuran
Cuba selitkan diet anak anda dengan sayuran. Tomato mempunyai ‘lycopene’ yang
melawan kanser. Untuk cara yang mudah , anda boleh menggunakan sos tomato dalam
pasta atau bebola daging. Sayur kobis,brokoli dan lain-lain pula mempunyai
phyconutrients, serat dan vitamin.
Anda boleh gaulkan salad ini dalam mangkuk anak anda bersama-sama dengan mayonnaise mengikut
kesesuaian. Jika buat sandwich tambahkan kentang manis. Anda juga boleh
pertimbangkan bayam, yang penuh dengan vitamin dan zat besi , dan selasih,penuh
dengan antioksidan.
Sekali lagi, Nampak seperti “Mat Salleh” sangat ? Kalau
tekak tak boleh masuk, ajarkan anak makan ulam-ulaman tempatan. Sedap juga !
3. Telur
Telur
adalah sumber protein yang berkualiti tinggi, penuh dengan Vitamin D dan
antioksidan. Protein membantu dalam membina badan. Manakala vitamin D membantu
tubuh untuk menyerap kalsium.
Antioksidan pula dapa membantu melindungi kulit daripada kerosakan UV.
Telur walaupun dalam kuantiti yang sedikit, dapat mengisi perut anak anda jika
diambil dalam sarapan pagi. Untuk vegetarian, tauhu adalah
pengganti yang baik untuk telur.
4. Ikan
Ikan
adalah sumber protein yang baik dan omega-3 asid lemak yang membantu dalam
meningkatkan perkembangan otak dan memberi kuasa anti-radang. Salmon dan tuna
adalah ikan yang sihat dan mesra kanak-kanak di antara banyak pilihan lain.
Vegetarian boleh memilih makanan sihat yang lain untuk memenuhi protein dan
omega-3 asid lemak keperluan.
Kalau
ikan seperti di atas agak mahal, tukarkan dengan ikan tempatan yang lebih
murah. Pergi ke pasar pada awal pagi untuk mendapatkan sumber protein yang
segar !!
5. Produk Tenusu
Protein sangat
penting untuk pertumbuhan, dan kalsium, penting untuk tulang yang kuat dan gigi
kanak-kanak. Yogurt mengandungi bakeria sihat yang meningkatkan imuniti dan
membantu penghadaman.
Keju juga merupakan sumber yang ideal bagi protein. Sekali-sekala,
letakkan keju dalam sandwich berserta salad anak-anak anda.
6. Kekacang
Kacang menyediakan protein, serat dan kalsium. Kacang adalah sumber zat besi
yang berasakan tumbuhan. Untuk meningkatkan penyerapan zat besi dalam badan
anak-anak anda, boleh makan kacang dengan makanan yang kaya dengan vitamin C
seperti jus lemon atau keledek (juga dipanggil ‘sweet potato’).
Untuk lebih kreatif, boleh campurkan kacang dalam sayur-sayuran.
Mari
kita ajar anak-anak kita untuk makan makanan yang sihat pada usia lebih awal.
Maka akan menjadi lebih mudah untuk bagi mereka memahami kepentingan kesihatan
dan pemakanan pada masa akan dating. Tidak akan timbul lagi soal anak cerewet
makan dan asyik memilih makanan.
Selamat mencuba J
No comments:
Post a Comment