Friday, July 13, 2018

Mainan banyak VS Mainan Sedikit


Menurutnya, kajian mengenai ‘The Influence of the number of toys in the environment on toddlers’ play’ mandapati mainan yang ‘disisihkan’ akan mengurangkan kualiti waktu bermain dan mainan yang sedikit mampu meningkatkan focus, perhatian juga kreativiti.
 Apabila kanak-kanak mempunyai pilihan mainan yang sedikit, mereka akan bermain dengan setiap mainan dalam tempoh lebih lama dan lebih banyak interaksi.
“ Ia termasuk akal mereka yang terus berkembang untuk berimaginasi dan berpura-pura bermain, ekspresi diri, kemahiran motpr dan koordinasi juga menyelesaikan masalah,” katanya.
Tambahan Hazhari, adakah peril membuang mainan yang berlambak itu ? Jawapannya, tidak kerana membazir itu juga tidak elok.
“Ibu bapa boleh berikan mainan secara berkala. Buat kumpulan mainan itu dan berikan berperingkat. Saya melihat kesan perkembangan kanak-kanak. Banyaknya mainan tidak membantu perkembangannya. Kadangkala kanak-kanak akan belajar banyak perkara dalam sumber yang terhad.” katanya.

Kelebihan jumlah mainan yang sedikit :-

Image result for gambar bayi membina dengan kreatif

Menjadi lebih kreatif
Ada kajian yang dijalankan di nursery di Munich yang mengeluarkan maianan dari premis. Pada peringkat awal, kanak-kanak akan menjadi bosan, tetapi lama-kelamaan mereka menggunakan barang asas atau sumber dari persekitaran untuk mencipta permainan dan mempunyai imaginasi tinggi untuk bermain.

               Image result for gambar bayi membaca

Memanjangkan tempoh tumpuan
Terlalu banyak mainan akan mengganggu kanak-kanak untuk kekal fokus. Contohnya, jika permainan itu memerlukan kemahiran menyelesaikan masalah, mereka akan berpindah kepada mainan yang lain jika gagal menyelesaikan masalah yang diinginkan itu tidak menjadi.

                        Image result for gambar bayi bermain

Kemahiran bersosial menjadi lebih baik
            Dalam perkembangan sosial, bukan semata-mata bagaimana kita tahu berkomunikasi dengan orang sekeliling, tetapi kanak-kanak perlu belajar cara mengekalkan hubungan dengan kawan-kawan dalam tempoh yang panjang. Ia secara tidak langsung mengasah kemahiran berinteraksi. Mereka akan belajar menghargai orang sekeliling.

                             Image result for gambar bayi menyimpan mainan

Menjaga barang
            Ini perkara penting. Kita Nampak kanak-kanak menyepahkan mainan sebab terlalu banyak. Mereka tidak belajar untuk menjaga dan menghargai barang sendiri. Untuk membina dan mengajar tanggungjawab kepada kanak-kanak, ia perlu dimulakan dengan yang sedikit dan akan berkembang.

                                   Image result for gambar kanak-kanak berkongsi mainan

Belajar berkongsi
            Jika ada mainan yang sedikit, pada peringkat awal mungkin berlaku perebutan dan pergaduhan antara kanak-kanak sebaya di taska,tadika atau adik-beradik di rumah. Namun, ‘pergaduhan’ itu perlu berlaku untuk membina sifat toleransi, kerjasama dan berkongsi.

No comments:

Post a Comment