Menurutnya, kajian mengenai ‘The Influence of the number of toys in the
environment on toddlers’ play’
mandapati mainan yang ‘disisihkan’ akan mengurangkan kualiti waktu bermain dan
mainan yang sedikit mampu meningkatkan focus, perhatian juga kreativiti.
Apabila kanak-kanak mempunyai pilihan mainan
yang sedikit, mereka akan bermain dengan setiap mainan dalam tempoh lebih lama
dan lebih banyak interaksi.
“ Ia termasuk akal mereka yang terus
berkembang untuk berimaginasi dan berpura-pura bermain, ekspresi diri,
kemahiran motpr dan koordinasi juga menyelesaikan masalah,” katanya.
Tambahan Hazhari, adakah peril membuang
mainan yang berlambak itu ? Jawapannya, tidak kerana membazir itu juga tidak
elok.
“Ibu bapa boleh berikan mainan secara
berkala. Buat kumpulan mainan itu dan berikan berperingkat. Saya melihat kesan
perkembangan kanak-kanak. Banyaknya mainan tidak membantu perkembangannya.
Kadangkala kanak-kanak akan belajar banyak perkara dalam sumber yang terhad.” katanya.
Kelebihan jumlah mainan yang sedikit
:-
Menjadi lebih kreatif
Ada kajian yang dijalankan di nursery
di Munich yang mengeluarkan maianan
dari premis. Pada peringkat awal, kanak-kanak akan menjadi bosan, tetapi
lama-kelamaan mereka menggunakan barang asas atau sumber dari persekitaran
untuk mencipta permainan dan mempunyai imaginasi tinggi untuk bermain.
Memanjangkan tempoh
tumpuan
Terlalu banyak mainan akan mengganggu
kanak-kanak untuk kekal fokus. Contohnya, jika permainan itu memerlukan
kemahiran menyelesaikan masalah, mereka akan berpindah kepada mainan yang lain
jika gagal menyelesaikan masalah yang diinginkan itu tidak menjadi.
Kemahiran bersosial
menjadi lebih baik
Dalam perkembangan sosial, bukan semata-mata bagaimana kita tahu berkomunikasi
dengan orang sekeliling, tetapi kanak-kanak perlu belajar cara mengekalkan
hubungan dengan kawan-kawan dalam tempoh yang panjang. Ia secara tidak langsung
mengasah kemahiran berinteraksi. Mereka akan belajar menghargai orang
sekeliling.
Menjaga barang
Ini perkara penting. Kita Nampak kanak-kanak menyepahkan mainan sebab
terlalu banyak. Mereka tidak belajar untuk menjaga dan menghargai barang
sendiri. Untuk membina dan mengajar tanggungjawab kepada kanak-kanak, ia perlu
dimulakan dengan yang sedikit dan akan berkembang.
Belajar berkongsi
Jika ada
mainan yang sedikit, pada peringkat awal mungkin berlaku perebutan dan
pergaduhan antara kanak-kanak sebaya di taska,tadika atau adik-beradik di
rumah. Namun, ‘pergaduhan’ itu perlu berlaku untuk membina sifat toleransi,
kerjasama dan berkongsi.