Bagi wanita yang bekerjaya sememangnya tidak boleh elak untuk
menyerahkan tugas menjaga anak yang masih kecil di bawah jagaan sama ada
pengasuh ataupun pusat asuhan kanak- kanak (TASKA).
Tetapi,
sejauh mana tahap kepercayaan yang boleh kita berikan kepada individu yang akan
menjaga anak kita ini ? Adakah kita perlu serahkan 100% kepercayaan kepada
mereka ? Yela, mereka kan orang luar yang mengambil tugas menjaga anak kecil
ini sebagai sumber pendapatan mereka.
Tak salah
sebenarnya nak menghantar and di bawah jagaan pengasuh, tetapi abda perlu
prihatin terhadap banyak perkara. Ini bagi mengelakkan sebarang perkara yang
tidak diingini berlaku. Di sini, saya ingin kongsikan antara perkara yang perlu
diambil kira oleh ibubapa sebelum menyerahkan anak untuk dijaga oleh pengasuh.
1.
Ketahui
latar belakang pengasuh.
Ini penting ya ! Anda perlu tahu mengenai latar belakang pengasuh secara
keseluruhan. Sama ada, siapa suami pengasuh tersebut dan adakah pengasuh pernah
menjaga bayi. Anda juga boleh bertanya kepada ibubapa yang dah pernah
menghantar anak mereka kepada pengasuh.
Bagi pusat asuhan kanak-kanak (TASKA)
pula, anda perlu pastikan sama ada ia berdaftar ataupun tidak. Lihat juga
guru-guru yang akan menjaga anak kita, adakah mereka berkemahiran dan terlatih.
2.
Saranan
dari orang yang dipercayai.
Jika anda mendapatkan saranan daripada rakan-rakan atau saudara-mara
mengenai pengasuh, pastikan anda memilih pengasuh yang ada ‘good reputation’. Apabila dah tahu, anda
juga perlu berjumpa dengan pengasuh tersebut dan daripada penemuan tersebut
anda boleh menilai adakah pengasuh itu boleh dipercayai ataupun tidak.
3.
Kebersihan
dan Keselamatan.
Aspek ini juga penting, pastikan
persekitaran di dalam rumah pengasuh tersebut bersih dan selamat untuk anak
anda. Lagi bagus sekiranya rumah tersebut mementingkan tahap keselamatan pada
tangga di dalam rumah untuk elak anak naik tangga tanpa disedari.
4.
Bilangan
anak yang dijaga oleh pengasuh.
Setelah pilih pengasuh yang tidak
menjaga terlalu ramai anak. Paling maksimum 3 orang sahaja, ini kerana menguruskan
anak-anak yang ramai secara serentak bukanlah sesuatu yang mudah.
Takut nanti pengasuh tak dapat beri
perhatian pada anak kita. Lagi-lagi jika pengasuh tersebut melakukan sendirian
tanpa dibantu oleh orang lain. Tak nak lah anak kita terabai kan ^^’ .
5. Bina
hubungan baik dengan pengasuh.
Binalah hubungan yang baik dengan
pengasuh, create persahabatan
dengannya. Sesekali ambillah hati pengasuh dengan memberi hadiah atau bonus
tahunan sebagai tanda hargai menjaga anak kita dengan baik.
Jangan sesekali menganggap pengasuh
seperti orang gaji yang dibayar wang untuk menjaga anak kita. Hubungan yang
baik ini secara tidak langsung akan membuat pengasuh saying anak kita seperti
anaknya sendiri.
Semoga ini bermanfaat kepada anda.
Ikutlah aspek-aspek di atas ini agar anak kita berada dalam jagaan orang-orang
yang baik dan menyayangi anak kita seperti anaknya sendiri.
No comments:
Post a Comment