Thursday, July 5, 2018

Kehidupan sebagai seorang mahasiswa Pendidikan Awal Kanak-kanak


Saya merupakan seorang mahasiswa Diploma Pendidikan awal Kanak-Kanak di sebuah kolej swasta di Kelantan. Pada mulanya, saya tidak meminati untuk mencuburi diri dalam kos ini walaupun saya meminati kanak-kanak. Namun bagi memenuhi hasrat kedua ibubapa saya menurut sahaja permintaan mereka.

            Pada awalnya, memang tak minat untuk jadi pendidik ini sebab diri ni lebih cenderung minat kulinari kerana keputusan SPM yang tidak memberangsankan untuk memohon sambung belajar di University awam . Oleh disebabkan keputusan SPM tidak membanggakan saya memilih untuk membanggakan ibubapa dengan mencuburi dalam bidang pendidikan seperti yang diinginkan ibu saya.

            Masa mula-mula ambil kos ini dulu memang rasa tak ada halatuju. Rasa macam " Betul ke aku nak jadi pendidik ? Tapi aku tak pandai ajar budak-budak,boleh ke aku tahan dengan perangai diaorang nanti ?" memang masa tu pemikiran sempit sangat tak dapat pendedahan yang spesifik dari mana-mana pihak pasal halatuju lepas SPM ni. Masa tu tengok kawan-kawan sambung Matrik masuk Universiti ternama, rasa macam rendah diri pun ada masa tu, tapi bila saya fikirkan ibubapa nak tengok saya berjaya, saya pun cuba pujuk diri sendiri " tak apa lah Dini, belajar dekat mana-mana pun, yang penting ilmu dan pengalaman yang kita mahukan".

            Hari pertama saya melangkah masuk berdaftar ke kolej ini, saya sudah memasang niat untuk belajar bersungguh-sungguh, nak banggakan balik ibubapa yang pernah hampa dengan keputusan SPM dahulu. Kadang-kadang bila saudara-mara tanya sambung belajar dekat mana ambik kos apa. Bila saya cakap Pendidikan Awal kanak-kanak, semua kata macam " Wow....hebat kos ni,nanti lepas habis belajar senang nak pohon kerja,kalau tak dapat kerja kerajaan,berbekalkan modal Dini boleh buka taska atau tadika". Perasaan masa tu macam " Wow....rupanya ada lagi sesetengah pihak yang memandang kos ini satu platform yang tinggi untuk memulakan pernigaan dalam mencari rezeki.

            Kerana terdapat sesetengah pihat yang berfikiran sempit dan memandang rendah terhadap kos yang kami cuburi. Orang di sekeliling pun selalu pandang rendah bila dapat tahu saya ambik kos ini dan mereka pun selalulah bertanya sambil buat muka sinis.

"Kenapa ambik kos itu ? Minat budak-budak ke? Nak jadi cikgu Tadika ke? "

Sebenarnya saya tidak pernah terfikir nak jadi guru tadika sebab bagi saya skop Pendidikan awal kanak-kanak ini bukan setakat cikgu sahaja. Bagi saya yang kurang meminati kanak-kanak ini saya ingin mencuburkan diri untuk menjadi seorang pensyarah dalam PAKK atau pengurus sebuah TASKA atau TADIKA.

 



            Di sini, saya ingin memberi pencerahan kepada adik-adik lepasan SPM yang tidak tahu halatuju korang lepas ni nak sumbung dekat mana, nak ambik kos apa yang sesuai dengan korang. Kita ni belajar jangan ikut mulut orang, kita belajar harus ikut kemampuan diri kita setakat mana mampu pergi. Kalau ikut mulut mak cik-mak cik bawang memang kau takkan sambung belajar lah adik oii. Pekakkan telinga je. Just follow ur flow.

            Saya dulu tak suka kos ni sekarang dah semester akhir belajar, alhamdullilah ALLAH permudahkan urusan kalau niat kita belajar betul. Bersyukur juga sebab dari semester 1 hingga semester 6 saya dapat dekan ( Dean list ) . Sekarang saya masih berbaki 2 bulan sebelum praktikum di TASKA dan TADIKA. Semaikin banyak ilmu yang kita cari semakin banyak perkara yang kita tidak tahu.

            Pada awalnya, saya fikir ambik kos Childhood Education ni senang je, jaga budak , main dengan diaorang apa semua. Rupanya tidak semudah itu, kerana apabila kita mencuburi dalam bidang ini banyak ilmu baharu yang kita dapat dan tidak semudah yan kita fikirkan. Kita harus mendidik mereka daripada "kosong" ( tiada pendedahan dalam pendidikan ) dan kita sebagai pendidik haruslah mencorakkan mereka dan memberi mereka ilmu.


            Walaupun saya mempunyai 2 orang adik,tetapi ia tidak dapat mendorong saya untuk bersabar dengan kerenah kanak-kanak. Jika di rumah bersama adik saya selalu bergaduh dan selalu tidak mahu mengalah walaupun umur saya sudah mencecah 20 tahun. Apabila saya mengaplikasikan pendidikan awal kanak-kanak dalam diri saya,apa yang saya belajar harus saya amalkan dengan tolarate dengan budak. Alhamdullilah sekarang saya sudah dapat menangani masalah ini dengan bersabar dan cuba menarik minat apa yang mereka suka.

  Dan untuk pengetahuan semua juga, skop untuk chilhood education juga bukan hanya menjadi cikgu tadika. Untuk pengetahuan, kami di sini belajar tentang semua perkara. Daripada bayi dalam kandungan sehingga peringkat awal remaja. Dalam ilmu parenting sampai medic diteruskan dengan perubatan untuk orang kurang upaya dan faktor-faktor pemakanan mereka semua kami belajar.


        
             
          Image result for gambar kanak-kanak berkeperluan khas

            Seterusnya, dalam bidang ini juga kami mempunyai peluang pekerjaan yang luas bukan sahaja cikgu tadika tetapi penasihat kekeluargaan, pakar kaunseling, trainer fisioterapi. majikan di tadika sendiri dan macam-macam lagi yang berkaitan dengan kanak-kanak, penyakit kanak-kanak dan psikologi sebab childhood education adalah tiket permulaan ke bidang psikologi.


            Pada masa kini, saya sudah melihat ramai graduan yang mencuburi dalam kos ini telah berjaya membuka tadika dan taska mereka sendiri. Seperti mana yang kita lihat sudah bersepah seperti "cendawan tumbuh selepas hujan" cawangan tadika-tadika swasta seperti Little Caliph, Genius Aulad, Tadika ABS, CIC dan sebagainya.


            Jadi usahlah memandang rendah dengan kerjaya cikgu tadika. Lelaki juga jangan memperlekehkan kawan-kawan lelaki anda yang mengambil chilhood education kerana sejujurnya saya tabik kepada lelaki yang mengambil kos ini kerana lelaki yang ambil kos ini berpotensi menjadi bapa yang baik untuk anak-anak mereka kelak. Saya mempunyai seorang pensyarah lelaki yang mengajar kami dalam PAKK, dia merupakan satu-satunya pensyarah lelaki PAKK di kolej kami.Beliau merupakan fresh graduate dari sebuah Universiti terkemuka (UPSI).

Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam PAKK dan merupakan pelajar cemerlang. Beliau banyak memberi pendedahan dan tunjuk ajar dalam PAKK kepada kami. Siapa cakap lelaki tidak boleh menjaga kanak-kanak? Pensyarah saya telah membuktikan bahawa golongan mereka mampu memberikan perubahan dalam memperbaiki mentaliti yang memandang rendah terhadap kaum mereka yang mencuburi dalam kos ini.

Akhir kalam dari saya, janganlah kita merndah-rendahkan kemampuan orang lain walaupun mereka belajar setakat UPSR sahaja. Kita haruslah berfikiran terbuka dan sentiasa berfikir maju kehadapan untuk kesejahteraan sejagat.

Akan saya kongsikan lagi serba sedikit ilmu yang tidak seberapa ini mengenai Pendidikan Awal Kanak-kanak. Sekian 😊

4 comments:

  1. MasyaAllah. Semakin semangat saya nak ambil kos pendidikan awal kanak2 ni. Such a great story.👍🏻

    ReplyDelete
  2. Yes awk,setuju yg awk ckp☺️

    ReplyDelete
  3. Wahhh, mesti awak dah graduate sekarang ni kan. So sekarang ni kerja apa? Keep updated this blog ya! Jemput layari blog saya juga di www.cikguazleen.com

    ReplyDelete