Thursday, July 5, 2018

Adam Rayqal anak syurga :')


Pada 3 Julai 2018 yang lalu, Malaysia telah digemparkan dengan satu kes pembunuhan bayi. Kejadian seorang bayi berusia 5 bulan Adam Rayqal Moha Sufi Naef yang ditemui mati dan disorokkan dalam bahagian pembeku peti sejuk di rumah pengasuhnya di Taman Nakhoda, Batu Cave Selangor adalah sesuatu yang sangat mengejutkan dan ianya tidak boleh diterima sama sekali.

Pada masa ini, Kementerian menggunakan Akta Kanak-kanak 2001 [Akta 611] untuk tujuan perlindungan kanak-kanak sementara itu Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 [Akta 308] pula adalah untuk mengawal selia Taman Asuhan Kanak-kanak. Kes Adik Adam menunjukkan terdapat ruang yang boleh ditambahbaik terutamanya kategori taska kanak-kanak yang di bawah Akta 308.

Antara penambahbaikan yang sedang dipertimbangkan oleh Kementerian ini adalah mengkaji keperluan penubuhan Suruhanjaya Kanak-kanak atau badan bebas Kanak-kanak yang akan melapor dan membuat cadangan kepada Parlimen. Kementerian pada masa kini telah mempunyai satu bahagian kanak-kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang memantau dan menyelia isu-isu berkaitan kanak-kanak.

Walau bagaimana pun, bahagian tersebut mempunyai sumber manusia yang amat terhad. Oleh yang demikian Suruhanjaya Kanak-kanak yang dicadangkan tersebut adalah penting memandangkan negara ini sudah mempunyai pelbagai Suruhanjaya di banding yang lain seperti tenaga koperasi, pengangkutan, air, sukan dan sebagainya. Penubuhan Suruhanjaya ini adalah perlu, kerana mereka sedar bahawa kanak-kanak adalah aset yang paling penting buat masa depan negara.


               

Hasil laporan bedah siasat ke atas Adam Ryqal mendapati terdapat pendarahan dalaman dan keretakkan tempurung kepala. Di sini saya dapat simpulkan bahawa ibubapa sebelum anda menghantar anak anda kepada pengasuh, kalian haruslah memastikan bahawa pengasuh tersebut mempunyai ilmu dalam penjagaan atau pengalaman yang mahir dalam mengendalikan bayi dan kanak-kanak. Hal ini lah yang kita takutkan berlaku, kerana sejak kebelakangan ini manusia semakin kejam dan seolah kanak-kanak tidak mempunyai hak yang istimewa.

 Sebab itulah Pendidikan Awal Kanak-kanak amat penting untuk golongan yang ingin bekerja sementara mahupun tetap untuk menjadi pengasuh. Kerana bayi yang berusia 0 hingga 4 tahun memerlukan penjagaan dan pemerhatian yang lebih berbanding kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun. Baca berita pasal adik Adam Ryqal rasa hiba dan sayu sangat. Tak boleh nak otakkan yang ada manusia tergamak bertindak sedemikian rupa. Timbalan Perdana Menteri Wan Azizah menyatakan bahawa kes kemarian Adam Rayqal perlu dikendalikan secara adil.

Semoga ibubapa dan masyarakat di luar sana tidak memandang rendah mengenai kes ini. Sebagai ibubapa,penjaga mahupun pengasuh haruslah menitikberatkan soal penjagaan bayi dan sekiranya anak-anak anda demam, saya sarankan jangan menghantar mereka ke taska atau pusat asuhan kerana bayi yang sakit perlukan perhatian dan penjagaan yang rapi. Kerana terdapat satu kes di Kepong, Kuala Lumpur. Seorang bayi telah meninggal dunia di tempat asuhan kerana demam panas, seharusnya ibu yang harus menjaga bayi mereka keran bimbang jika bayi itu mendapat jangkitan daripada kanak-kanak lain.

Saya sedih melihat ada yang menyalahkan ibu itu menghantar anak kepada pengasuh, katanya kenapa tak jaga sendiri ? Bilamana masyarakat mendesak perbanyakkan staf kesihatan wanita di hospital, ada pula mendesak wanita perlu duduk di rumah manjaga anak. Orang seperti ini mahunya apa ?

Sama-samalah kita renungkan dan mengambil pengajaran tentang kes-kes yang telah meragut nyawa kanak-kanak yang tidak berdosa ini oleh kerana kelalaian dan kecuaikan kita sendiri. 😊

No comments:

Post a Comment