“Eh, busuknya anak awak ! Tak
pakaikan bedak ke lepas mandi?”
Haaaa, ibu-ibu mesti tidak suka kan kalau anak anda kena
kutuk bau busuk sebab tidak memakai bedak ? Memang lumrah sebenarnya, ibu-ibu
yang ada anak kecil memang suka sapu bedak pada anggota badan anak mereka
supaya tak nak bau busuk.

Bahagian leher, badan, punggung dan
alat sulit anak antara bahagian yang menjadi keutamaan ibu-ibu menyapu bedak
tiap kali selepas mandi. Tetapi, anda tahu tak kalau sapu bedak terlalu banyak
boleh memudaratkan kesihatan mereka ?
Anda kena tahu ye, kandungan utama
bedak bayi adalah talc, iaitu mineral
yang mengandungi silica magnesium yang
sudah terhidrasi. Apabila partikel mineral daripada talc yang ditaburkan pada permukaan badan, ada yang terserap. Awas
! Bahagian terserap itu yang berbahaya !

1.
Punca Pneumonia
Bila terlalu banyak
menghidu bedak, ia boleh masuk ke dalam paru-paru bayi. Debu bedak tersebut
akhirnya berkumpul di dalam paru-paru bayi dan lama-kelamaan akan menjadi
pneumonia
Pneumonia merupakan
jangkitan paru-paru, yang melibatkan pundi udara. Pundi-pundi udara akan
dijangkiti bakteria (nanah) dan mengakibatkan tanda-tanda pneumonia seperti
demam, sukar bernafas dan menggigil.
2.
Sukar bernafas
Ada segelintir bayi
pernah menghadapi masalah sukar bernafas tanpa sebab hingga terpaksa dibawa ke
hospital. Selepas diperiksa, laporan perubatan mendapati kesukaran tersebut
berpunca daripada terlalu banyak terdedah pada bedak bayi.
Partikel keras di dalam
bedak termasuk ke dalam paru-paru dan menghalang sistem pernafasan bayi hingga
menyebabkan oksigen tidak cukup sampai ke paru-paru.
3.
Risiko jangkitan bakteria.
Kekerapan menyapu bedak
bayi pada sekitar kemaluan atau vagina (bagi bayi perempuan) juga akan
mendedahkan mereka kepada jangkitan bakteria. Debu dari taburan bedak mampu
sampai ke organ genital yang lebih dalam dari kawasan kemaluan. Awas ! Semakin
banyak ia berkumpul di kawasan tersebut sehingga menimbulkan jangkitan bakteria
kepada anak.
4.
Risiko kanser Ovari
Menurut kajian yang
dilakukan oleh American Academy of Pediatrics , kekerapan menyapu bedak pada
kawasan kemaluan bayi, berkemungkinan meningkatkan risiko terkena kanser ovari.
Sebenarnya, bukan tak
boleh langsung memakaikan bedak pada anak, tetapi perlu tahu cara-caranya..




Anda harus tahu kadang-kadang , perkara yang kita anggap
mudah itu boleh memudaratkan tau. Jadi….sentiasa berjaga-jaga ya !
No comments:
Post a Comment