Saturday, July 7, 2018

Kalau nak anak bijak, lakukan 5 aktiviti ini yang boleh membantu rangsangan otak bayi.


Saya percaya bagi setiap pasangan yang dikurniakan cahaya mata, pasti mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Daripada penjagaan yang penuh dengan nilai kasih sayang sehinggalah sanggup membelikan permainan yang boleh membantu perkembangan otak kanak-kanak.
Jangan tidak percaya, pemilihan alat permainan yang betul sebenarnya dapat membantu stimulasi anak-anak ketika mereka bermain. Ini kerana, anak kecil sentiasa bertenaga dan ingin meneroka sesuatu yang baharu setiap hari.
Begitulah juga dengan bayi, tidak salah anda perkenalkan permainan yang boleh membantu rangsangan otaknya. Nak tahu antara permainan yang sesuai digunakan untuk merangsang minda bayi anda ? Jom kita semak !

                       Image result for gambar bayi dengan permainan hitam putih

1.      Permainan warna hitam dan putih.
Untuk pengetahuan anda, bayi yang berusia 0 hingga 1 bulan fungsi penglihatannya masih belum sempurna. Tahap penglihatannya adalah terhad iaitu kurang 6 inci daripada mukanya. Anda boleh menyediakan permainan yang mempunyai warna kontra iaitu hitam dan putih sebagai permulaan permainan untuknya.
            Tetapi apabila bayi sudah berumur 2 bulan, kemahiran penglihatannya akan berkembang dan sudah boleh melihat pelbagai warna. Saat ini anda boleh membelikan permainan yang mempunyai warna terang seperti merah biru dan kuning.

                                         Image result for gambar bayi dengan permainan gantung

2.      Permainan Gantung.
Sebenarnya mainan yang berwarna terang dan mengeluarkan bunyi-bunyian yang mampu menarik perhatian si manja. Mainan jenis ini dapat merangsang fungsi penglihatan dan pendengarannya.
 Anda boleh menggantung mainan ini di atas katil bayi atau buai supaya boleh diraih oleh tangan. Permainan ini juga boleh membantu mengembangkan koordinasi gerakan tangan dan mata. Pastikan semua mainan gantung ini diperbuat daripada bahan yang lembut.

                                       Image result for gambar bayi dengan permainan kain lembut

3.      Permainan kain lembut.
Permainan ini diperbuat daripada kain lembut adalah sangat sesuai untuk bayi anda. Ini kerana, ia tidak akan mencederakan kulit bayi yang sensitif. Biasanya permainan kain lembut ini merangkumi buku jenis kain dan anak patung kain.
Pastikan anda membeli buku kain yang tidak mempunyai banyak imej dan tidak mudah koyak. Lagi bagus sekiranya permainan tersebut mengeluarkan bunyi muzik yang boleh meransang deria pendengaran sekaligus memberi ketenangan buat si manja.

                               Image result for gambar bayi dengan permainan blok warna warni

4.      Blok warna-warni.
Apabila bayi anda sudah pandai meniarap ataupun duduk, anda boleh perkenalkan permainan bongkah mainan sama ada diperbuat daripada kayu ataupun plastik.
Mainan ini akan melibatkan anak anda untuk menyusun bongkah yang dipisahkan menjadi satu model yang lengkap seperti kapal terbang, kereta, bangunan dan sebagainya. Permaina ini secara tidak langsung dapat meningkatkan keupayaan kognitif serta dapat mencipta daya kreativiti anak anda.

                                          Image result for gambar bayi dengan gerakkan fizikal

5.      Gerakan fizikal.
Anda boleh memperkenalkan permainan yang boleh merangsang perkembangan fizkalnya. Jadi, perkenalkan permaina yang lembut supaya ketika bayi meniarap dia akan menggerakkan badan, tangan dan kakinya di hadapannya. Gerakkan ini secara tidak langsung dapat merangsang mindanya untuk terus aktif dan cergas.

 Semoga bermanfaat  !!! 😊

No comments:

Post a Comment