Setelah mendapat anak baru, salah
satu skill yang ibubapa mesti master adalah kepakaran dalam memahami
apa yang dia tengah rasa atau berfikir.
Bayi anda masih tidak panddai bercakap.
Jadi dia akan menyampaikan mesej kepada ibu bapanya melalui pergerakkan badannya.
Anda sebagai orang dewasa pula mesti
tahu apa maksudnya supaya anda bolehpastikan dia sentiasa berasa selesa.
Kalau dia sedang tertawa, semua orang
boleh tahu yang bayi tersebut sedang rasa gembira. Tapia pa maksudnya kalua dia
menarik-narik telinga atau rambutnya ?
Jom kita
check apa maksud di sebalik bahasa badan yang selalu bayi tunjukkan.
1. Mengalihkan pandangannya.
Anda sedang menunjukkan sesuatu yang
menarik tapi bayi anda toleh ke tempat lain.
Maksud : Dia
tidak tertarik langsung untuk melayan anda. Jangan paksa pula !
2. Menutup mata.
Kadangkala dia juga menguap.
Maksud : Ya,
dia nak tidur, ataupun dia sedang bosan dengan aktiviti yang dia sedang buat.
Yalah, bayi memang perlukan waktu tidur yang banyak.
3. Menarik telinga.
Sewaktu dia sedang menggeliat tangannya
kadangkala mesti mencapai telinga.
Maksud : Bayi
anda sedang risau , keliru atau marah tentang sesuatu.
Contohnya, jika dia menarik telinga
ketika meminum air susu, dia mungkin ingin mengatakan yang dia berasa keliru
tentang kenapa airnya terlalu panas, sejuk atau rasa lain macam.

4. Menarik-narik rambut.
Semakin dia membesar, lama-lama bayi
anda akan mula memegang tubuh badanya, terutamanya rambut. Ada sebab,
sebenarnya.
Maksud : Dia berasa resah. Kalau boleh dia nak
larikan diri daripada situasinya.
Para ibubapa boleh tenangkannya dengan sentuhan fizikal,
seperti belai rambutnya, peluk badannya ataupun nyanyi dengan lembut.

5. Menggengam tapak tangan
Anda mungkin perasan yang bayi anda
kerap buat demikian terutamanya lepas mandi.
Maksud : Dia kesejukkan
! Cepat panaskan badannya dengan selimut, tuala atau baju tebal.

6. Menendang kaki.
Bila bayi anda dan besar sikit,dia
akan mula aktif dan gerak-gerakkan kakinya,macam nak menendang. Anda mungkin
ingat yang dia tidak sabra nak berdiri atau berjalan dengan sendiri.
Maksud : Dia
sebenarnya ingin meluahkan perasaannya yang meluap luap, tak kiralah gembira
atau marah.

7. Mendepakan tangan
Bayi anda juga berbuat demikian,
macam mereka ingin didukung.
Maksud : Ya,
memang dia ingin diangkat, didukung atau dipindahkan ke tempat lain. Ataupun,
bayi tersebut terlampau gembira dan ingin perhatian.

No comments:
Post a Comment